Tuesday, 5 June 2012

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan:
1 kilo ikan pari segar
2 cawan air
1 biji tomato - dibelah empat
1 bunga kantan- dibelah dua @ dimayang
1 sudu besar asam jawa ( bancuh dan ambil airnya sahaja)
Segenggam daun kesum
Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
3 biji bawang merah
1 cm halia
2 ulas bawang putih
3 cm belacan
*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air.


Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga masak dan masukkan air asam jawa.
3. Kacau sehingga sebati. Seterusnya masukkan ikan pari, air, daun kesum dan bunga kantan.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali, baru masukkan buah tomato. Siap untuk dihidang.

Friday, 11 May 2012

Ikan Cencaru Masak Sambal

Bahan-bahan ( 2-3 orang)
  • Ikan cencaru saiz sederhana 2 ekor - dibersihkan dan lumur garam kunyit lalu digoreng
  • Cili kering 10 tangkai *
  • Bawang besar 3 biji *
  • Bawang putih 3 ulas *
  • Halia diketuk
  • Air asam
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji bawang besar ( dimayang kasar)
  • Garam, gula dan bahan perasa
Cara Penyediaan
  1. Kisar kesemua bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga betul betul garing.
  3. Kemudian, masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan pula ikan cencaru yang telah siap digoreng itu.
  5. Masukkan sos tomato, garam, gula dan bahan perasa.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dimayang dan masak sehingga bawang layu.
  7. Matikan api dan siap untuk dihidang.

Masak Asam Ikan Kembung ( Terengganu style)

Bahan-bahan (3-5 orang)

  • Ikan kembung 3 ekor ( apa-apa ikan pon boleh, tenggiri ke, merah ke, kaci ke..)
  • Bawang besar 3 biji*
  • Cili kering 10-15 tangkai * ( pakai cili boh pon boleyyy tapi pandai2 la agak yer)
  • Asam limau
  • Garam, gula, bahan perasa
Cara penyediaan
  1. Ikan kembung dilumur dengan garam dan digoreng terlebih dahulu.
  2. Kisar bahan bertanda * secara berasingan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga sedikit kekuningan.
  4. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar.
  5. Masukkan ikan dan gaul rata.
  6. Selepas itu, letak garam, gula dan bahan perasa.
  7. Akhir sekali, perah asam limau dan matikan api. Siap untuk dihidang :)

Sup Ayam Simple

Bahan-bahan ( 5-6 orang)

  • Ayam
  • Ubi kentang
  • Rempah 4 sekawan ( cengkih 3 biji, buah pelaga 2 biji, bunga lawang 2 biji, kulit kayu manis 1 batang)
  • Air masak
  • Bawang merah 3 biji dimayang
  • Bawang putih 2 ulas dihiris
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam, bahan perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan rempah 4 sekawan sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ubi kentang, ayam. Gaul rata dan biarkan seketika.
  3. Kemudian, masukkan air.
  4. Setelah menggelegak, masukkan garam dan bahan perasa seadanya.
  5. Kecilkan api dan biarkan ianya menggelegak lebih kurang 10 minit bagi memastikan kentang masak sepenuhnya.
  6. Setelah kentang empuk, tutup api dan tabur bawang goreng dan daun sup. Siap untuk dinikmati.

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan)

  • Ayam
  • Bawang merah 3 ulas*
  • Bawang besar 1 biji*
  • Serai 1-2 batang*
  • Kunyit hidup 1 inci*
  • Halia 1 inci*
  • Cili kering 10-15 tangkai* (rebus dahulu yer)
  • Air asam
  • Air masak
  • Garam, gula, bahan perasa
  • Daun kesum, bunga kantan ( agak-agak sendiri)
Cara Penyediaan
  1. Kisar semua bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan ayam. Biarkan seketika.
  4. Masukkan pula air asam.
  5. Selepas itu, masukkan garam, gula dan bahan perasa seadanya.
  6. Apabila sudah menggelegak, letak daun kesum dan biarkan sekejap supaya rasanya sebati.
  7. Matikan api dan siap untuk dinikmati.

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan ( untuk 5-6 orang)

  • Ayam 
  • Bawang putih 3 ulas *
  • Bawang besar 1 biji *
  • Bawang merah 3 biji *
  • Lengkuas satu inci *
  • Serai 1 batang *
  • Kunyit hidup 1 inci *
  • Cili padi 10 batang * ( kalau nak lagi pedas, kasi tambah lagi yer )
  • Cili merah 3 batang *
  • Asam keping 2 keping
  • Santan pekat (sebiji kelapa)
  • Sedikit air masak
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • Garam, gula dan bahan perasa
  • Cukup rasa satu sudu teh (optional)
Cara Penyediaan
  1. Kisar semua bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.
  3. Agak-agak dah sedikit garing dan naik baunya, masukkan asam keping.
  4. Masukkan air. Kemudian, masukkan ayam. Biarkan seketika agar ayam sebati dengan tumisan tadi.
  5. Kemudian, masukkan santan. Kacau perlahan-lahan. Pastikan api dalam keadaan sederhana.
  6. Masukkan garam, gula, sedikit bahan perasa dan cukup rasa.
  7. Tunggu sehingga menggelegak, tutup api dan sedia untuk dimakan bersama nasi panas.